create your own banner at mybannermaker.com!

Kolam Ikan PaksuWan

Sapa-sapa yang nak bagi ikan dalam kolam ikan PaksuWan di atas tu makan sila klik kat kolam tu nnti akan muncul makanan ikan-ikan tu warna kuning... kalau tak bagi kesian kat ikan-ikan sebab dah lama PaksuWan tak bagi ikan-ikan tu makan huhu...

al-Kisah

Terhukum oleh Ketamakan Sendiri

Seorang menteri yang tamak dan kaki rasuah selalu sahaja menyusahkan urusan pemerintah sultan yg adil. Namun , untuk menghukumnya bukan mudah kerana si menteri tersebut mempunyai rangkaian perhubungan yang sangat kuat, sama ada di kalangan sesama menteri mahupun dengan angkatan tentera. 

     Sultan yang adil dan baik hati telah didesak berkali-kali untuk mengenakan tindakan terhadap menteri itu. Anehnya baginda tetap sabar sehingga tiba pada suatu hari, baginda bertitah kepada menteri tersebut. 

     "Hari ini kamu akan mendapat kurniaan besar daripada beta". "Kurniaan apa tuanku, patik sedia menerimanya ", sahut menteri yang tamak itu dengan gembira. 

     "Beta ingin mengurniakan kamu tanah!" titah Sultan. Terima kasih tuanku. Boleh hamba tahu seluas mana, Tuanku?" Begini, selepas Subuh, kamu berjalanlah dari pintu istana ini sejauh mana yang kamu terdaya dan pulang semula sebelum waktu Zuhur." 
       
      "Maksud Tuanku?"
      Sejauh mana kamu mampu berjalan dan pulang semula ke istana, maka seluas itulah tanah yang akan dikurniakan kepada kamu.

      " Betapa gembiranya menteri yang tamak itu. Namun, para pegawai yang lain mencemik. Mengapa sultan masih bermurah hati kepadanya? 

       Esok pagi selepas subuh, dia pun memulakan perjalanannya ke satu arah. Jauh dan semakin jauh. Hampir waktu zuhur, para menteri dan pegawai istana dan Sultan menuggu ketibaan menteri yang tamak itu untuk mengetahui seluas mana tanah yang akan dianugerahkan. Namun, si menteri tidak juga kunjung tiba.

       Masuk solat zuhur, dan selepas mereka solat berjemaah, menteri yang ditunggu tidak juga tiba. TIBA-TIBA seorang pengawal datang membawa berita, " Tuanku, menteri telah jatuh pengsan dalam perjalanannya..."

     Perjalanannya pulang atau menjauh dari sini?" tanya Sultan. Dalam perjalanan menjauh dari sini", jawab pengawal.

    Ha...! Serentak bunyi suara kehairanan bergema di seluruh istana. Jelaslah sifat tamaknya itu mendorongnya pergi jauh dan semakin jauh dan tidak terfikir untuk pulang, hingga akhirnya jatuh pengsan kerana keletihan!

    Baginda Sultan tersenyum. Dia telah pun berjaya menghukum menteri yang tamak itu. 

  PENGAJARAN : Orang yang tamak tidak akan cukup dengan yang sedikit dan tidak akan puas dengan yang banyak. Tidak menuggu orang lain untuk "menghukum" orang yang tamak sebaliknya sifat tamak itu sendiri akan menghukum dirinya. 

                                                                            kisah ini dipetik drpd Majalah SOLUSI, ( Isu no.12)                          


Kerja Kecil Jiwa Besar

"Pergi ke masjid di sana dan belajarlah sesuatu daripada seorang lelaki.' Begitulah pesanan pendek gurunya.

      "Lelaki yang mana satu?" tanya si murid, untuk lebih jelas. "Kamu akan tahu nanti". Si murid pun pergi ke masjid yang dimaksudkan.

Setelah solat, dia melihat seorang lelaki sedang membaca al-Quran. Lama ditunggunya, tetapi lelaki itu terus membaca al-Quran tanpa mempedulikannya.

       Dia terpandang pula seorang lelaki berhadapan mihrab, sedang menelaah beberapa buah kitab. Setelah memberi salam, dia menegur, "Tuan, bolehkah tuan mengajar saya sesuatu?" "Maaf saya sibuk,. Awak datang tidak kena pada masanya", jawab lelaki itu tanpa melihat pun kepadanya. Matanya terus asyik melihat kitab-kitab yang dibacanya.

       Si murid agak kecewa. Siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh gurunya?

  Oleh kerana tiada orang lain lagi di dalam masjid itu, maka ia pun bercadang untuk pulang. Ketika menyarung kasutnya, dia terpandang seorang lelaki yang agak tua sedang membersihkan longkang masjid. Pakcik itu menegurnya dengan ramah dan mesra sekali.
  
         "Dah berapa lama pakcik bekerja di sini?" tanyanya sekadar memeriahkan perbualan. 
   
       Tidak ada apa-apa ilmu agama pun yang boleh dipelajari daripada lelaki yang kerjanya membersihkan longkang msajid ini, bisiknya dalam hati.
    
       "Hampir 15 tahun".
       "Seronok?"
       "Seronok sekali nak," kata lelaki itu sambil tersenyum.

       Dilihatnya cara pakcik itu membersihkan longkang masjid begitu halus dan teliti. Celah-celah longkang yang paling kecil dan sempit dicucinya. Begitu tekun sekali.

   "Pakcik, celah-celah rekahan longkang itu pun pakcik cuci. Hairan saya".

       "Apa nak dihairankan?"
       "Bukan ada orang nampak pun benda-benda kecil sebegitu..."

     "tapi Allah nampak nak," kata pakcik itu sambil tersenyum. Murid tadi terdiam. Rupa-rupanya pakcik itulah yang dimaksudkan oleh gurunya!

PENGAJARAN: Kerja yang kecil sekalipun tetapi jika dibuat dengan hati yang besar akan mendapat nilaian yang tinggi daripada Allah. Hati yang "besar" ialah hati yang mengharapkan keredaan Allah, yakni ganjaran yang lebih besar daripada nilaian manusia.

                                                      Kisah ini dipetik drpd Majalah SOLUSI (isu no.13)