create your own banner at mybannermaker.com!

Kolam Ikan PaksuWan

Sapa-sapa yang nak bagi ikan dalam kolam ikan PaksuWan di atas tu makan sila klik kat kolam tu nnti akan muncul makanan ikan-ikan tu warna kuning... kalau tak bagi kesian kat ikan-ikan sebab dah lama PaksuWan tak bagi ikan-ikan tu makan huhu...

PaksuWan VideoTube


Maher Zain

Insya-Allah by Maher Zain.. fuh memang PaksuWan layan betul lagu ni... kasi ada 'feel' naik semangat... lagu ni memang sesuai untuk sesiapa yang berasa diri dia hampir-hampir putus asa... ingat PaksuWan pun nak pesan.. jangan putus asa...dengar lagu ni no.. insya-Allah kita akan ingat tuhan maka kita akan merasai bahawa dunia ini sarat dengan ujian yang melanda diri kerana mahu menguji tahap keimanan kita k.. wallahua'lam..





 

Maher Zain

Always be There by Maher Zain. memang best lagu ni... pertama kali PaksuWan dengar lagu ni... tau apa yang PaksuWan rasa..., ha.. mesti tak tahu... PaksuWan rasa sungguh segar... nak tau kenapa.. lagu ni menyebut awal-awal sekali perkataannya dengan kalimah Allahu Akbar dengan melodi yang penuh merdu... pastu masuk pula liriknya yang meruntun  jiwa menusuk kalbu... bahawa cinta pertama kita mestilah kita cinta kepada Allah...







PaksuWan Prihatin

Tahukah anda duhai wanita-wanita di luar sana??? PaksuWan ingin sangat menasihati anda bahawasanya berhati-hatilah dengan tindak-tanduk anda kerana kerana kelekaan anda membuat sesuatu tanpa meneliti dahulu.. akan merugikan diri anda pada kemudian hari.. PaksuWan cuma mahu menyampaikan nasihat kerana PaksuWan sayangkan umat Islam... inilah daya kemampuan PaksuWan untuk umat Islam selain berdoa dan beberapa amalan lain semoga kita tidak terjerumus ke dunia maksiat Wallahua'alam.. dan minta maaf jika terdapat salah dan silap PaksuWan dan tahniah kepada pembikin video ini..

 


PaksuWan Sayang Ibu

Masya-Allah, Yusof Islam merupakan seorang yang sangat PaksuWan sanjungi kerana beliau seorang yang sangat aktif dalam berdakwah setelah memeluk agama Islam. Nama asal beliau sebelum memeluk agama Islam ialah Cat Stevens.. Subahanallah, satu transformasi yang luar biasa dan sangat menyentuh jiwa apabila seorang penyanyi rock yang bukan Islam menerima Nur (cahaya) Islam kini menjadi seorang yang sangat aktif menyampaikan kebenaran yang beliau terima. Saksikan dan dengarkan lagu My Mother by Yusof Islam sebuah lagu yang mengajar erti kasih sayang bahawa kasihnya ibu kita kepada kita yang sanggup berkorban jiwa dan raga demi kesejahteraan hidup kita... Hargailah ibu kita semoga hidup kita diberkati Allah insya-Allah.. Wallahua'lam..


  

Dari Pipi Ke Telinga

Ha..., apa khabar semua?? PaksuWan Alhamdulillah sihat pada hari ini..., jom senyum huhu... , senyum merupakan salah satu cara terbaik bagi mengubati sesuatu penyakit dengan izin Allah, antaranya ialah penyakit rohani iaitu jiwa yang keluh kesah akan menjadi 'sejuk' (tenang) kan2 pastu boleh mengubati penyakit yang dok di muka orang iaitu muram selalu akibat tension. Senyum juga kalau ada orang marah kat kita.. lihat siapa yang kalah, yang senyum atau yang 'menengking' haha tapi INGAT!! jangan pulak senyum kalau tak dak apa2 hal yang patut atau bukan pada tempatnya ye, satgi tut... paham apa orang akan kata...maka  Senyumlah ye ... 1,2,3 senyumm tak perlu kata apa2



untuk koleksi video PaksuWan yang lebih banyak sila ke  http://www.youtube.com/user/PaksuWan