create your own banner at mybannermaker.com!

Kolam Ikan PaksuWan

Sapa-sapa yang nak bagi ikan dalam kolam ikan PaksuWan di atas tu makan sila klik kat kolam tu nnti akan muncul makanan ikan-ikan tu warna kuning... kalau tak bagi kesian kat ikan-ikan sebab dah lama PaksuWan tak bagi ikan-ikan tu makan huhu...

Tahukah Anda??

Tahukah anda??

Kali ini bab, mengapa doktor bedah memakai baju hijau??

hah... nak tau kenapa?? warna hijau merupakan warna yang lebih sejuk... kemudian warna hijau juga dapat membantu ahli bedah bermata segar semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan... ini kerana warna hijau berlawanan dengan warna merah.


Kali ini bab, apa beza frekuensi FM dan AM


hah... nak tau apa bezanya?? Komunikasi perkhidmatan radio biasanya dilaksanakan menerusi transmisi gelombang elektromagnet yang dihantar oleh alat pemancar. Melalui cara itu, maklumat elektronik akan dapat disampaikan dengan mudah dari satu lokasi ke satu lokasi lain tanpa menggunakan wayar. 

      Di seluruh dunia, kebanyakan stesen radio memancarkan siarannya menggunakan isyarat FM kerana ia tidak mudah mengalami gangguan dan lebih statik berbanding isyarat AM yang modulasi frekuensinya mempunyai ampitud yang mudah berubah dengan kuasa penyiaran maksimum hanya 50 MHz. 


      Bagi gelombang FM pula dipancarkan menggunakan spektrum berfrekuensi VHF yang sangat tinggi iaitu antara 30 hingga 300 MHz. Ha.. banyak dan lebih tinggi daripada gelombang AM kan??. Maka, dengan kelebihan itu, pancaran radio akan dapat dipancarkan
dengan lebih cepat tanpa sebarang masalah apabila menggunakan isyarat atau gelombang FM...