create your own banner at mybannermaker.com!

Kolam Ikan PaksuWan

Sapa-sapa yang nak bagi ikan dalam kolam ikan PaksuWan di atas tu makan sila klik kat kolam tu nnti akan muncul makanan ikan-ikan tu warna kuning... kalau tak bagi kesian kat ikan-ikan sebab dah lama PaksuWan tak bagi ikan-ikan tu makan huhu...

Tipss

Jeli Kelapa ( aiyooo cmna nak buat ni... PaksuWan berkongsi rahsia)

Salam, apa khabar semua????..... Paksu ada sesuatu nak kongsikan bersama-sama dengan pengunjung...nak

tau apa dia?? ha....  PaksuWan mau kongsikan bagaimana nak buat jeli kelapa atau jeli nyok huhu... nak tau 

macam mana?? mestilah nak tau... ilmu kan penting.. tambah2 jeli kelapa ni sedap untuk dimakan terutama 

masa dahaga ka, masa letih ka, masa musim panas ka..., fuh memang best... dengan rasanya yang top 

meletup perghh.... tapi mesti buat bagi rasa sedap no... jangan buat jeli kelapa bagi rasa dadih sudah... dah la 

rasa dadih.. kelat,pekat melekat lak kan susah .... sapa nak tanggung rugi kelapa?? PaksuWan tak mau 

tanggung... hampa la...., ok... sedia dah kan nak tau... kalau dah sedia ... ni dia bahan-bahan yang PaksuWan 

nak bagi tau.....

Bahan
  • agar-agar lebih kurang 10 gram
  • 3 mug air biasa
  • 1 mug gula
  • 2 mug air kelapa dan isi kelapa yang dihiris nipis dan panjang atau ikut kreativiti 'design' masing-masing.                                                                                                                                                          -ada tambahan sikit... kalau mahu buat banyak untuk berniaga atau nak buat jamuan ka... kalikan semua bahan-bahan tadi dengan 2 atau lebih .. mcm agar-agar 10 gram darab 2 jadi 20 gram, gula 1 mug jadi 2 mug... dan sebagainya... tapi ingat.. PaksuWan nasihat kalau boleh jangan terkurang atau terlebih gula tau.. takut nanti... kurang manisnyaa ... atau klau terlebih manis melebih-lebih sampai tak rasa dah jeli kelapa tapi rasa  jeli gula... ha ... kan naya namanya tu.....jadi pandai-pandai hampa bajet no... 
Cara memasak

  1. Masak air dengan agar-agar sampai air menggelegak/ mendidih ataupun sampai agar-agar mula nampak hancur.... 
  2.  Masukkan gula sambil kacau rata dan biarkan ia mendidih lagi sekali dan tutup api
  3. Masukkan  air kelapa bersama  isinya yang dihiris tadi dan kacau rata
  4. Bila dah masak, masukkan jeli tadi ke dalam acuan atau mana-mana bekas dan masukkan ke dalam peti ais ..         
TIPS: selepas masak.., jeli yang siap tadi belum beku atau menjadi jeli lagi ... dia masih cair.

makanya kalau nak masukkan ke dalam acuan atau mana-mana bekas yang ber'topi' atau bertutup dengan 

tudung macam bekas jeli kelapa atau bekas dadih yang orang selalu jual tu... kena biarkan seketika selepas 

boh dalam bekas... dan jangan tutup dengan penutup dia lagi... kalau tak mau bagi binatang masuk... tutup 

dengan apa-apa benda yang tidak menjadikan bekas jeli kelapa tadi meruap atau berwap atau.... macam 

mana ntah orang dok kata PaksuWan tak berapa pasti tapi boleh paham no... bukan apa kalau berwap pada 

bekas tadi disebabkan dah tutup dengan penutup bekas pastu terus masuk dalam peti ais.. nanti air wap tu 

tak akan jadi jeli juga... nanti jeli kelapa tu bila nak makan tengok ada air kat atas dia... kan tak 'best' 

namanya... k apa-apa pun selamat mencuba....:)